KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai lemas di kolam renang sebuah hotel di Mentakab, Temerloh semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang selepas mangsa yang merupakan anak tunggal, dibawa teman lelaki ibunya yang berusia 41 tahun untuk beriadah.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang semasa teman lelaki ibunya leka menggunakan telefon bimbit di tepi kolam renang tersebut.
"Lelaki itu telah meminta bantuan pengawal keselamatan untuk mencari mangsa yang kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam renang yang berkedalaman dua meter," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mohd Azhar berkata mangsa diberikan bantuan pernafasan kecemasan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Mentakab, sebelum disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh untuk bedah siasat.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian mangsa, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian mangsa. - Gambar hiasan
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Menteri Besar Selangor minta maaf
Amirudin Shari pula minta maaf gara-gara isteri muat naik gambar yang tular di akaun media sosial.
Sukan air dalam kolam renang dibenarkan bermula 25 Jun - Ismail Sabri
Ia termasuk kolam renang persendirian di kediaman, komuniti berpagar serta kolam renang awam di hotel dan kelab rekreasi.
35 peratus pengusaha sekolah renang bakal gulung tikar jika tidak beroperasi
35 peratus daripada kalangan pemilik sekolah renang dijangka gulung tikar jika tidak dibenarkan beroperasi sehingga Ogos depan.